Tuesday 24 April 2012

Pelancaran 3 S

Apakah 3 S yang dilancarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Semporna, baru-baru ini. Mari kita ketahui dengan lebih lanjut:




LATAR BELAKANG
Kecemerlangan pendidikan murid-murid di sekolah amat berkait rapat dengan kualiti pengajaran guru. Jesteru, guru harus merancang, melaksana dan menilai P&P agar objektif P&P dapat dicapai. Sehubungan itu, Pejabat Pelajaran Daerah Semporna melancarkan 3S yang merupakan satu standard atau piawai yang mesti dipatuhi oleh semua guru di daerah Semporna untuk mencapai tahap pengajaran berkualiti selaras dengan MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.

 MAKNA 3S
Persediaan SEBELUM P&P
Aktiviti SEMASA P&P
Penilaian SELEPAS P&P

MATLAMAT
Mewujudkan kecemerlangan akademik di sekolah  melalui pengajaran guru yang terancang. Pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam serta mutu pendidikan dapat dipertingkatkan  ke peringkat yang lebih membanggakan seterusnya mewujudkan sekolah yang cemerlang  sehingga mencapai tahap kebangsaan dalam  peperiksaan awam.

OBJEKTIF
Prosedur ini memastikan tindakan yang perlu  diambil oleh semua guru untuk membuat  persediaan sebelum, semasa dan selepas  mengajar supaya P&P dapat dilaksanakan dengan menghabiskan 100 % sukatan pelajaran pada tahun semasa.

SKOP
Prosedur ini digunakan oleh semua guru  yang terlibat dalam pelaksanaan  P & P.

RUJUKAN
1. Manual Kualiti
2. Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan
3. Panduan Piawaian Kualiti Pengurusan Akademik Sekolah
4. Belajar Cara Belajar – Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
5. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
6. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

A.         PERSEDIAAN SEBELUM P & P
Persediaan Buku Rekod Mengajar
1.1     Dokumen-dokumen yang disahkan oleh  PGB dilampirkan di dalam BRM ialah:
1.1.1. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
1.1.2. Rancangan Tahunan Pelajaran
1.1.3. Jadual Waktu Peribadi dan Jadual Waktu Kelas bagi GK
1.1.4. Takwim Persekolahan
1.1.5. Senarai Nama Murid
1.1.6. Headcount

1.2.    Penulisan Rancangan Pelajaran Harian berasaskan PPKPA adalah seperti berikut:
1.2.1. Format Penulisan:
a.      Subjek,Tarikh, Masa, Kelas,
b.     Tajuk
c.     Objektif
d.    Aktiviti BBM/ nilai murni / KBKK/Refleksi

1.2.2        Mendapatkan pengesahan daripada pihak pentadbir sekali setiap minggu
2.            Pengurusan Kelas
2.1.        Tanggungjawab GK
a.            Menerima lantikan GK
b.           Tindakan GK pada hari pertama persekolahan ialah:
i.             Menerima senarai murid daripada PK HEM
ii.            Menerima Jadual Waktu daripada PKP, mempamer dan mengedarkan kepada murid
iii.           Mempastikan buku SPBT diedarkan
iv.           Menerima Buku Rekod Kehadiran Murid daripada PKP.
v.            Memastikan kerusi dan meja (murid dan guru) mencukupi dan selamat digunakan.
c.            Menyedia dan mempamerkan pelan kedudukan murid.
d.            Menubuh dan mempamerkan Carta Organisasi Kelas
e.            Mengadakan sudut pembelajaran
 f.            Mewujudkan suasana kondusif/iklim pembelajaran dalam kelas.
g.            Menyediakan rekod data murid.
h.            Mempamerkan pelan kecemasan dan kebakaran

2.2.        Tanggungjawab GMP
 
Semua GMP bertanggungjawab mengurus kelas:
a.            Mencatat bilangan murid yang hadir di kelas
b.            Memastikan suasana kelas bersih, kemas, teratur  dan ceria.
c.            Memastikan semua papan pamer dan sudut pembelajaran kemas dan tersusun rapi

2.3 Tanggungjawab GBK
a.            GBK menerima pelantikan daripada PGB (Makmal  Sains/Bengkel Kemahiran Hidup/Makmal  
               Komputer/ PSS/dll).
b.            Menyusun dan menyelaras jadual penggunaan bilik khas berdasarkan jadual waktu kelas.
c.            Menyediakan Buku Rekod penggunaan bilik khas.
d.            Mempamerkan pelan kecemasan/kebakaran.
e.            Mempamerkan peraturan penggunaan dan peraturan semasa berada dalam bilik khas.
f.             Mempamerkan senarai inventori peralatan dalam bilik khas.
g.            Menyediakan sudut maklumat / pameran dalam Bilik Khas

B.         AKTIVITI SEMASA P&P :
3.         DI DALAM KELAS
            Melaksanakan P&P mengikut aktiviti yang telah dirancang berasaskan PPKPA dalam BRM seperti  
            para 1.2.1. Melaksanakan P & P mengikut salah satu kaedah / teknik seperti yang dinyatakan dalam  
            buku HSP/SP.

4. DI DALAM MAKMAL/BILIK KHAS DAN PENDIDIKAN JASMANI
a.            Mengesahkan kehadiran murid dan penggunaan bilik.
b.            Merekodkan pengambilan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk P&P sebelum kelas 
               bermula.
c.            Melaksanakan  P&P mengikut aktiviti yang telah dirancang berasaskan PPKPA dalam BRM     
               seperti  para 1.2.1
d.            Melaksanakan P & P mengikut salah satu kaedah / teknik seperti yang dinyatakan dalam HSP/SP.
e.            Merekod pemulangan peralatan yang telah  digunakan.

4. DI DALAM MAKMAL/BILIK KHAS DAN PENDIDIKAN JASMANI
a.            Mengesahkan kehadiran murid dan penggunaan  bilik.
b.            Merekodkan pengambilan peralatan dan bahan  yang diperlukan untuk P&P sebelum kelas     
               bermula.
c.            Melaksanakan  P&P mengikut aktiviti yang telah  dirancang berasaskan PPKPA dalam BRM 
               seperti  para 1.2.1
d.            Melaksanakan P & P mengikut salah satu kaedah / teknik seperti yang dinyatakan dalam HSP/SP.
e.            Merekod pemulangan peralatan yang telah  digunakan.

Langkah 3 & 4
Mencatat Buku Laporan Kehadiran dan Disiplin Murid
(Buku Rekod Kawalan Kelas)

C.         PENILAIAN SELEPAS P&P :
5.1.      Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid:
     Memeriksa hasil kerja murid selepas   P & P (jika ada) dalam tempoh tidak melebihi  5 hari.
b.  Memulangkan tugas murid yang telah diperiksa.
c.  Memastikan murid membuat  pembetulan.

6. REKOD
a.            Buku Rekod Mengajar (3 Tahun)
b.            Rekod Penggunaan Bilik Khas (3 Tahun)
c.            Rekod Peminjaman & Pemulangan Alatan (3 Tahun)
d.            Kew PA7/Senarai Inventori (3 Tahun)



SMART
Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan.

SHARP
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam  pengurusan masa.

Membiasakan diri datang ke bilik darjah menepati masa, pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid, guru tidak melengah-lengah waktu untuk memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang akhir untuk mengelakkan murid melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran.

SENSITIVE
Guru perlu peka terhadap perkembangan pendidikan semasa baik di peringkat daerah, negeri mahupun negara. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan. Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta mengemuka pandangan atau cadangan bagi menyelesaikan beberapa masaalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dilaksakan dengan lebih sempurna dan terdapat penambahbaikan.



STRATEGI DAN PERLAKSANAAN
1.            Pentadbir sekolah menghebahkan kepada semua guru di sekolah (Promosi)
2.            Setiap guru mengamalkan P&P berkualiti berdasarkan MS ISO 9001:2008
3.            Jerayawara 3S ke sekolah oleh Pejabat Pelajaran Daerah Semporna
4.            Pemantauan pelaksanaan 3S oleh pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah Semporna
5.            Penghargaan kepada sekolah yang mengamalkan 3S terbaik





SEKADAR RENUNGAN

ALLAH TIDAK MERUBAH NASIB
SESUATU KAUM, MELAINKAN KAUM
ITU MERUBAHNYA SENDIR




Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan. Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.



Cikgu…
Jika usahamu dilupai
Jika pengorbananmu tidak dihargai,
Jika keringatmu tidak disanjungi..
Dan jika penat lelah mu tidak dipeduli..
Janganlah berkecil hati…
Tanpa anugerah duniawi,
Keikhlasan dan kemuliaanmu tetap Allah catat 
sebagai bekalan menuju alam yang abadi...



MARI BERPANTUN
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman

ANAK RAJA MAKAN SIRIH
SEKIAN, TERIMA KASIH

Hayatilah dan sama-sama kita ambil tindakan dan iktibar..



Monday 23 April 2012

Tanglong Terbesar Hidupan Laut

Buat pertama kali tanglong yang terbesar dihasilkan dalam bentuk ikan terhasil dalam perarakan tanglong peringkat daerah Semporna, sempena Regata Lepa 2012.

 
HASIL KARYA: SAPRAN SUHURANI AND THE GENG
(SMK TAGASAN)

MASA MALAM


TANGLONG LEPA SMK TAGASAN

TANGLONG DASAR LAUTAN PALING CANTIK 
(SK TANJONG KAPOR)


GAMBAR LEPA TANGLONG DAN LAUTANNYA (SK TAJONG KAPOR)

Johan tanglung 2012 (Regata Lepa)

Sempena Regata Lepa 2012, SMK Bugaya II telah menyertai pertandingan tanglung sekolah-sekolah menengah daerah Semporna dan menjadi Johan ksesluruhan..Tahniah kepada semua yang terlibat, termasuk cg Lokman, cg Syahmi, ketua-ketua bidang, semua pentadbir, dan semua yang turut bersama kami dalam perarakan tanglung pada 21 April 2012.. Terima kasih..




TANGLUNG INDUK (TEMA: LEPA) 

TANGLUNG KE-2 (TEMA: JERUNG)

ANAK TANGLUNG (TEMA: HIDUPAN LAUT)

Tuesday 17 April 2012

Bina Item Untuk Semua Guru Perdagangan & Ekonomi

Semua guru yang mengajar subjek ekonomi asas dan perdagangan tingkatan 4 dan 5 dikehendaki untuk hadir pada ketetepan yang berikut:

Tarikh: 20 April 2012
Masa : 2:15 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PKG daerah Semporna
Kehadiran: Wajib

Sila bawa bersama perkara-perkara berikut:
Sukatan pelajaran/tahunan
Analisis SPM 2011

Arahan ini berkuatkuasa: hubungi ketua bidang untuk maklumat lanjut (untuk SMK Bugaya II, sahaja, heheeheh).... Tq