Sunday 23 September 2012

Kastek Kebangsaan 2012

SMK Bugaya II telah menyertai kastek peringkat kebangsaan 2012 bertempat di Bukit Gambang Resort City pada 18-21 September 2012. Sekolah telah mencatat nama sekolah pertama di daerah Semporna yang menyertai pertandingan ini Karnival Sains dan Teknologi (Kastek) peringkat Negeri dan Kebangsaan bermula pada tahun 2012 ini.

Gambar-gambar kenangan semasa pertandingan ini diadakan.









































JU EECC SMK Bugaya II






Wah, inilah kenangan mereka bersama pengacara.... tau tak sepa? tanyalah diorang.. heheh


Thursday 6 September 2012

Program Kemahiran Hidup 2012


Program peningkatan Kemahiran Hidup disampaikan oleh En. Sulaiman dari SMK Tawau. Program ini dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 dari SMK Bugaya II yang dilaksanakan di Dewan SMK Bugaya II, Semporna atas kelolaan En. Syahmi Senik. Program ini dilaksanakan pada 07 September 2012 bermula pada pukul 10.40 pagi dan tamat pada kira-kira jam 11.40 pagi. Diharapkan program ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar SMK Bugaya II khususnya mata pelajaran Kemahiran Hidup. Semoga dengan terlaksanannya program ini mampu meningkatkan pencapaian sekolah ini terutama bilangan mendapat A dalam subjek kemahiran hidup.

Terima Kasih kepada En. Muhammad Syahmi Senik, Pn Azizah (PK1), Penceramah (En. Sulaiman) dan Kaunselor Sekolah (En Halim)..