LATAR BELAKANG
Kecemerlangan pendidikan murid-murid di sekolah
amat berkait rapat dengan kualiti pengajaran guru. Jesteru, guru harus merancang, melaksana dan
menilai P&P agar objektif P&P dapat dicapai. Sehubungan itu, Pejabat Pelajaran Daerah Semporna melancarkan
3S yang merupakan satu standard atau piawai yang mesti dipatuhi oleh semua guru di daerah Semporna untuk
mencapai tahap pengajaran berkualiti selaras dengan MS ISO 9001:2008 Pengurusan
Pengajaran dan Pembelajaran.
MAKNA 3S
Persediaan
SEBELUM P&P
Aktiviti
SEMASA P&P
Penilaian
SELEPAS P&P
MATLAMAT
Mewujudkan
kecemerlangan akademik di sekolah melalui pengajaran guru yang terancang. Pencapaian sekolah dalam
peperiksaan awam serta mutu pendidikan dapat dipertingkatkan ke peringkat yang lebih membanggakan seterusnya
mewujudkan sekolah yang cemerlang sehingga mencapai tahap kebangsaan dalam peperiksaan awam.
OBJEKTIF
Prosedur ini memastikan tindakan yang perlu diambil oleh semua guru untuk membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas mengajar supaya P&P dapat dilaksanakan
dengan menghabiskan 100 % sukatan pelajaran
pada tahun semasa.
SKOP
Prosedur ini digunakan oleh semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan P & P.
RUJUKAN
1. Manual Kualiti
2. Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan
3. Panduan Piawaian Kualiti Pengurusan Akademik Sekolah
4. Belajar Cara Belajar – Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia
5. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
6. Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR)
A. PERSEDIAAN
SEBELUM P & P
Persediaan Buku Rekod Mengajar
1.1 Dokumen-dokumen yang disahkan
oleh PGB dilampirkan di dalam BRM ialah:
1.1.1. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
1.1.2. Rancangan Tahunan Pelajaran
1.1.3. Jadual Waktu Peribadi dan Jadual Waktu Kelas bagi GK
1.1.4. Takwim Persekolahan
1.1.5. Senarai Nama Murid
1.1.6. Headcount
1.2. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian berasaskan PPKPA adalah
seperti berikut:
1.2.1. Format Penulisan:
a. Subjek,Tarikh,
Masa, Kelas,
b. Tajuk
c. Objektif
d. Aktiviti BBM/ nilai murni / KBKK/Refleksi
1.2.2 Mendapatkan pengesahan daripada pihak pentadbir sekali setiap
minggu
2. Pengurusan
Kelas
2.1. Tanggungjawab
GK
a. Menerima
lantikan GK
b. Tindakan
GK pada hari pertama persekolahan ialah:
i. Menerima
senarai murid daripada PK HEM
ii. Menerima
Jadual Waktu daripada PKP, mempamer dan mengedarkan kepada murid
iii. Mempastikan
buku SPBT diedarkan
iv. Menerima
Buku Rekod Kehadiran Murid daripada PKP.
v. Memastikan
kerusi dan meja (murid dan guru) mencukupi
dan selamat digunakan.
c. Menyedia
dan mempamerkan pelan kedudukan murid.
d. Menubuh
dan mempamerkan Carta Organisasi Kelas
e. Mengadakan
sudut pembelajaran
f.
Mewujudkan suasana
kondusif/iklim pembelajaran dalam kelas.
g. Menyediakan
rekod data murid.
h. Mempamerkan
pelan kecemasan dan kebakaran
2.2. Tanggungjawab
GMP
Semua GMP
bertanggungjawab mengurus kelas:
a. Mencatat
bilangan murid yang hadir di kelas
b. Memastikan
suasana kelas bersih, kemas, teratur dan
ceria.
c. Memastikan
semua papan pamer dan sudut pembelajaran kemas dan tersusun rapi
2.3 Tanggungjawab
GBK
a. GBK
menerima pelantikan daripada PGB (Makmal
Sains/Bengkel Kemahiran Hidup/Makmal
Komputer/ PSS/dll).
Komputer/ PSS/dll).
b. Menyusun
dan menyelaras jadual penggunaan bilik khas berdasarkan jadual waktu kelas.
c. Menyediakan
Buku Rekod penggunaan bilik khas.
d. Mempamerkan pelan
kecemasan/kebakaran.
e. Mempamerkan
peraturan penggunaan dan peraturan semasa
berada dalam bilik khas.
f. Mempamerkan
senarai inventori peralatan dalam bilik khas.
g. Menyediakan
sudut maklumat / pameran dalam Bilik Khas
B. AKTIVITI
SEMASA P&P :
3. DI DALAM KELAS
Melaksanakan P&P mengikut aktiviti yang telah
dirancang berasaskan PPKPA dalam BRM seperti
para 1.2.1. Melaksanakan P & P mengikut salah satu kaedah / teknik seperti yang dinyatakan dalam
buku HSP/SP.
para 1.2.1. Melaksanakan P & P mengikut salah satu kaedah / teknik seperti yang dinyatakan dalam
buku HSP/SP.
4. DI DALAM MAKMAL/BILIK KHAS DAN
PENDIDIKAN JASMANI
a. Mengesahkan
kehadiran murid dan penggunaan bilik.
b. Merekodkan
pengambilan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk P&P sebelum
kelas
bermula.
c. Melaksanakan P&P mengikut aktiviti yang telah dirancang
berasaskan PPKPA dalam BRM
seperti para
1.2.1
d. Melaksanakan
P & P mengikut salah satu kaedah / teknik seperti yang dinyatakan dalam
HSP/SP.
e. Merekod
pemulangan peralatan yang telah digunakan.
4. DI DALAM MAKMAL/BILIK KHAS DAN
PENDIDIKAN JASMANI
a. Mengesahkan
kehadiran murid dan penggunaan bilik.
b. Merekodkan
pengambilan peralatan dan bahan yang
diperlukan untuk P&P sebelum kelas
bermula.
c. Melaksanakan P&P mengikut aktiviti yang telah dirancang berasaskan PPKPA dalam BRM
seperti para 1.2.1
d. Melaksanakan
P & P mengikut salah satu kaedah / teknik seperti yang dinyatakan dalam
HSP/SP.
e. Merekod
pemulangan peralatan yang telah digunakan.
Langkah 3 & 4
Mencatat Buku Laporan Kehadiran dan Disiplin Murid
(Buku Rekod Kawalan Kelas)
C. PENILAIAN
SELEPAS P&P :
5.1. Pemeriksaan
Latihan dan Tugasan Murid:
Memeriksa hasil kerja murid selepas P & P (jika ada) dalam tempoh tidak
melebihi 5 hari.
b. Memulangkan tugas murid yang telah diperiksa.
c. Memastikan murid membuat pembetulan.
6. REKOD
a. Buku Rekod Mengajar (3 Tahun)
b. Rekod Penggunaan Bilik Khas (3
Tahun)
c. Rekod Peminjaman & Pemulangan
Alatan (3 Tahun)
d. Kew PA7/Senarai Inventori (3 Tahun)
SMART
Peningkatan
profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak
kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan
mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid
termasuk perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan
jasmani. Kejayaan
seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai
daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata,
tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada
murid-murid. Kehebatan
pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang
menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif,
pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan
murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan.
SHARP
Guru
yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang
mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif
kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih
spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak
dalam pengurusan masa.
Membiasakan
diri datang ke bilik darjah menepati masa, pembelajaran mengikut tahap
pencapaian murid, guru tidak melengah-lengah waktu untuk memulakan pengajaran
dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang akhir untuk mengelakkan murid
melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran.
SENSITIVE
Guru
perlu peka terhadap perkembangan pendidikan semasa baik di peringkat daerah,
negeri mahupun negara. Guru
yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka
terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan. Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi
pengubahsuaian serta mengemuka pandangan atau cadangan bagi menyelesaikan
beberapa masaalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat
dilaksakan dengan lebih sempurna dan terdapat penambahbaikan.
STRATEGI DAN
PERLAKSANAAN
1. Pentadbir sekolah menghebahkan kepada
semua guru di sekolah (Promosi)
2. Setiap guru mengamalkan P&P
berkualiti berdasarkan MS ISO 9001:2008
3. Jerayawara 3S ke sekolah oleh Pejabat
Pelajaran Daerah Semporna
4. Pemantauan pelaksanaan 3S oleh pentadbir
sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah
Semporna
5. Penghargaan kepada sekolah yang
mengamalkan 3S terbaik
SEKADAR RENUNGAN
ALLAH
TIDAK MERUBAH NASIB
SESUATU
KAUM, MELAINKAN KAUM
ITU
MERUBAHNYA SENDIR
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana
duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan
ketidakupayaan. Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat
mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada
pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Cikgu…
Jika
usahamu dilupai
Jika
pengorbananmu tidak dihargai,
Jika
keringatmu tidak disanjungi..
Dan jika
penat lelah mu tidak dipeduli..
Janganlah
berkecil hati…
Tanpa
anugerah duniawi,
Keikhlasan
dan kemuliaanmu tetap Allah catat
sebagai
bekalan menuju alam yang abadi...
MARI BERPANTUN
Kuning
emas masaknya padi
Mawar
merah dalam jambangan
Terima
kasih daun keladi
Budi
tuan jadi kenangan.
Pohon
sirih pohon selasih
Tumbuh
merimbun di hujung laman
Kalungan
budi junjungan kasih
menjadi
kenangan sepanjang zaman
ANAK RAJA MAKAN SIRIH
SEKIAN, TERIMA KASIH
Hayatilah dan sama-sama kita ambil tindakan dan iktibar..