Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari guru untuk semua guru terutamanya guru-guru bidang teknik dan vokasional. Khas terima kasih kepada En. Syahmi Senik (KP Sains Pertanian), En. Lokman Mending (KP Perdagangan), Cik. Hajiah Sirajuddin (KP Ekonomi Asas), Pn. Amina Bayani (KP ICT), En. Mahmud Mahansa (KP Kemahiran Hidup) dan semua guru yang mengajar subjek Teknik dan Vokasioanl termasuk Tn. Hj. Gulam Darwis, En. Sapullah Biskai, Pn. Norazizah Pilus (PK Pentadbiran), En. Safwan Hussin. Tidak lupa juga kepada semua guru di SMK Bugaya II khususnya, dan semua warga pendidik amnya. Renungkanlah kata-kata ini:

Guru, engkau bagaikan pelangi yang mewarnai hidupku.
Guru, didikanmu mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi cobaan serta rintangan yang aku lalui dalam hidupku.
Guru, terima kasih kerana mengajariku... SELAMAT HARI GURU >Baby Hana<


Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan seperjuanganku,  Ketua Bidang Bahasa, En. Ramli Sukurani, Ketua Bidang Kemanusiaan, En. Ahmad Olman,  Ketua Bidang Sanis Matematik Pn. Nursuhanah Ampong dan Guru Cemerlang Matematik En. Khairil Anuar. Jasa dan pengorbanan kalian tidak mungkin dilupakan. GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.