Sunday 29 July 2012

KasTek 2012 SMK Bugaya 2

Gambar Kenangan Kastek 2012
peserta EEC SMK Bugaya 2






ANTARA TOP 10 EEC NEGERI 2012












SUASANA SEMASA PERTANDINGAN





PELANCARAN WATER ROKET






Wednesday 25 July 2012

Penulisan Refliksi


Definisi Refleksi:
.........Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk
membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999).Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta –pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan
secara efektif.

Tujuan Refleksi:
......................Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan. Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesiional keguruan

Ciri-ciri Refleksi:
  1. Bermula dengan mengingat kembali
  2. Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
  3. Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
  4. Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif
  5. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship

Ia merupakan proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:
1. Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti
membincangkan:
• Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai ?
• Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?
• Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti
tersebut ?
• Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah
baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut.

"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA"