Sunday 2 September 2012

Program Jejaki Universiti 2012

Program dilaksanakan pada 29 Ogos 2012, bertempat di Dewan SMK Bugaya II, Semporna....


Program jejaki universiti anjuran SMK Bugaya II, Semporna merupakan program yang dianjurkan atas kerjasama ketua-ketua bidang SMK Bugaya II, Guru Cemerlang dan Kaunseling Sekolah. Matlamat utama adalah memberikan ruang kepada para pelajar tingkatan 3 dan 5 untuk berkonsi pengalaman dan pelbagai persoalan yang mugkin cukup membantu untuk menaikkan semangat juang para pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan pada 2012 ini sama ada PMR mahupun SPM. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan yang diketuai oleh Saudara Mohd Firdaus dan rakan-rakannya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang universiti tempatan. Salah seorang urusetia program ini sedang belajar di Universiti AL-Azhar Mesir.

Program ini diharapkan telah memberikan suntikan yang benar-benar membina dalam memperjuangkan keputusan pelajar ke tahap yang membanggakan. Semoga program seumpama ini terus diperhebat agar pelajar-pelajar dalam alam persekolahan dapat didedahkan dengan persekitaran Universiti yang sebenar, dan menaikkan semangat mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Gambar-Gambar Kenangan Semasa Program

















No comments:

Post a Comment